Pencen penakat rezeki anak yang baik - Fatimah - Utusan Malaysia

Pencen penakat rezeki anak yang baik – Fatimah

SABARIAH Saidan (tiga dari kiri) menyampaikan faedah pengurusan mayat (FPM) kepada Fatimah Abdullah (tiga dari kanan) di Indera Sempurna di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang ibu menyifatkan duit pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diterima setelah anak lelakinya ditemukan lemas di Sungai Kuantan di sini pada 5 Mac lalu sebagai rezeki anak yang baik.

Fatimah Abdullah, 46, berkata, dia tidak menyangka sama sekali pemergian anaknya, Afzan Syahmi Zabidi, 22, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu akan turut meninggalkan bantuan kepada keluarga.

“Memang tak sangka. Itulah syukur sangat-sangat, rezeki anak yang baik. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Waktu arwah ada, memang dia bagi duit bulan-bulan, untuk saya emaknya asing, untuk adik-adik sekolah asing.

“Ketiadaannya begitu dirasai kami sekeluarga dan pencen penakat yang diterima ini akan digunakan dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan sempena Ziarah Kasih di Indera Sempurna di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Perkeso Pahang, Hisham Abdul Rahman berkata, pencen penakat itu dibahagikan kepada empat individu iaitu ayah, Zabidi Abdullah, 52, ibu serta dua adik Allahyarham dan RM3,000 sebagai faedah pengebumian.

“Allahyarham bekerja dan pernah mencarum yang melayakkan mendapat pencen,” katanya.

Rabu lalu, seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke Sungai Kuantan dari Jambatan Putra di sini pada Isnin lalu ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa yang berusia 22 tahun dan bekerja di sebuah kilang di Gebeng itu ditemukan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN