‘Pencen penakat, rezeki anak baik’ - Utusan Malaysia

‘Pencen penakat, rezeki anak baik’

SABARIAH Saidan (tiga dari kiri) menyampaikan faedah pengurusan mayat kepada Fatimah Abdullah (tiga dari kanan) di Indera Sempurna di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/SHAIKH AhmaD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang ibu menyifatkan duit pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setelah anak lelakinya ditemukan lemas di Sungai Kuantan di sini, pada 5 Mac lalu sebagai rezeki daripada anak yang baik.

Fatimah Abdullah, 46, berkata, dia tidak menyangka sama sekali pemergian anaknya, Afzan Syahmi Zabidi, 22, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu turut meninggalkan bantuan kepada keluarga.

“Memang tak sangka, rezeki anak yang baik. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Waktu arwah ada, memang dia bagi duit bulan-bulan, untuk saya asing, untuk adik-adik yang masih bersekolah juga diasingkan.

“Ketiadaannya begitu dirasakan kami sekeluarga dan pencen penakat yang diterima ini akan digunakan dengan sebaik­nya,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan sempena Ziarah Kasih di Indera Sempurna di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Perkeso Pahang, Hisham Abdul Rahman berkata, ibu dan bapa arwah Afzan Syahmi serta dua adiknya yang berusia 15 tahun dan 18 tahun layak menerima pencen berkenaan.

“Untuk kes ini, faedah penakat yang diterima ibu bapa sepanjang hayat dan dua adik arwah sehingga berusia 21 tahun atau berkahwin yang mana dahulu adalah sebanyak RM670 sebulan.

“Jumlah ini bergantung kepada gaji dan caruman yang dibayar. Maknanya kalau gaji besar, caruman dibayar lebih besar, maka Perkeso bayar faedah le­bih besar,” katanya.

Sabariah pula mengingatkan orang ramai berkenaan pen­tingnya caruman Perkeso kepada setiap individu yang bekerja sebagai bantuan kepada situasi yang tidak dijangka.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya