TAIPEI: Penyelidikan baharu di Taiwan mendedahkan pencemaran udara berisiko menjejaskan kesihatan otak golongan warga emas. Kajian terbaharu dikeluarkan Universiti Kebangsaan Yang Ming Chiao Tung mendapati pencemaran udara boleh merangsang sistem imun melalui deria bau, seterusnya mencetuskan keradangan, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) Taipei. Keradangan tersebut boleh merosakkan penghalang darah otak menyebabkan kecederaan pada saluran itu dan akhirnya menjejaskan kesihatan neurologi. Penyelidik menggunakan model untuk menganggarkan tahap pencemaran udara dalam tempoh 10 tahun dengan mengkaji 412 warga emas berusia 60 tahun ke atas yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya