Pemuda dicekup, tidak sempat hantar lembu seludup RM78,000

Pemuda dicekup, tidak sempat hantar lembu seludup RM78,000

LEMBU-lembu seludup dari Thailand yang dirampas dalam serbuan di jalan besar Kampung Banggol Beta, Tumpat, Kelantan awal pagi tadi-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang pemuda berusia 21 tahun tidak sempat menghantar lapan ekor lembu seludup bernilai RM78,000 selepas lori yang dipandunya ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di jalan besar Kampung Banggol Beta di sini awal pagi tadi.

Serbuan menerusi Op Taring Kandang itu dilakukan pada pukul 2.50 selepas anggota bertugas mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori itu telah menjumpai lapan ekor lembu yang disyaki diseludup masuk dari Thailand.

“Semasa ditahan, pemandu itu gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berkaitan lembu tersebut.  

“Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Kesemua lembu-lembu yang dirampas itu dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya