KAHERAH: Pemimpin Arab meluluskan pelan pemulihan Gaza bernilai AS$53 bilion (RM235 bilion) sebagai tindak balas terhadap cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengambil alih wilayah itu dan memindahkan lebih dua juta penduduk Palestin. Keputusan itu dicapai dalam sidang kemuncak tergempar yang berlangsung di ibu negara Mesir, Kaherah kelmarin. “Pelan Mesir kini menjadi pelan dunia Arab,” kata Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit, selepas perbincangan panjang selama beberapa jam. Tanpa menyebut secara langsung cadangan Trump, beliau menegaskan pendirian Arab adalah untuk menolak sebarang pemindahan penduduk, sama ada secara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya