Op Khas Pagar Laut dikuat kuasa sebelum, selepas Aidilfitri

Op Khas Pagar Laut dikuat kuasa sebelum, selepas Aidilfitri

Op Khas Pagar Laut
SAIFUDIN Nasution Ismail bagi melancarkan Op Khas Pagar Laut Siri 1/ 2025 di atas KM Tun Fatimah dekat Pusat Hidrografi Nasional, di Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Operasi (Op) Khas Pagar Laut Siri 1/2025 yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dilaksanakan menerusi empat fasa termasuk ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan keselamatan perairan negara.

Keempat-empat fasa itu merangkumi pengumpulan maklumat dan kesiapsiagaan aset, fasa penguatkuasaan sebelum perayaan, penguatkuasaan selepas Hari Raya dan Post Exercise Debrief (PXD).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, anggota Maritim Malaysia dipastikan berada pada tahap kesiapsiagaan dan moral tertinggi bagi menjalankan operasi berkenaan pada kali ini.

Menurutnya, sepanjang pelaksanaan operasi berkenaan, terdapat insiden-insiden getir dihadapi pasukan Maritim Malaysia yang bertugas di perairan termasuk insiden tembakan di perairan Kunak pada tahun lalu sehingga mengakibatkan seorang anggota hilang penglihatan.

“Malah pada Februari lalu, sebuah bot penguat kuasa dilanggar bot penyeludup ketika mereka cuba melarikan diri di Tanjung Rhu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan turut mempunyai dua bilah parang. Hal demikian membuktikan penjenayah semakin agresif dan berani menyerang anggota penguat kuasa bagi menyelamatkan diri,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelinciran Op Khas Pagar Laut 1/2025, malam tadi.

Saifuddin memberitahu, dalam tempoh dari 2020 hingga 2022, Maritim Malaysia merampas barangan seludup antaranya barangan makanan bersubsidi seperti gula, beras, minyak, hasil ikan dan lain-lain lagi berjumlah RM110 juta dalam operasi sama.

“Dalam tempoh tersebut, Maritim Malaysia menumpaskan 251 kes di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar. Daripada jumlah berkenaan, Sabah mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu 69 kes, diikuti 57 kes di Perak dan 31 kes di Johor,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan perolehan kapal induk Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) baharu daripada Desan Shipyard, Turkiye akan memperkasakan gerak kerja Maritim Malaysia dengan kapal itu dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2027. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya