NEW YORK: Penyanyi, Normani, 28, telah mengikat tali pertunangan dengan atlet ragbi, Dekaylin Metcalf.
Perkara itu disahkan pemain pasukan Pittsburgh Steelers itu dalam sidang media, baru-baru ini.
“Seperti yang telah ditentukan Tuhan. Dia (Normani) di sini menemani saya,” katanya.
Pasangan tersebut mengenali satu dengan lain pada 2023 menerusi penyanyi, Ciara, yang merupakan isteri kepada sahabat baik Metcalf yang juga atlet ragbi pasukan Seattle Seahawks, Russell Wilson.
Normani mula dikenali ramai selepas menyertai uji bakat pertandingan nyanyian The X Factor pada tahun 2012.
Dia kemudian menyertai kumpulan Fifth Harmony bersama empat anggota lain iaitu Ally Brooke, Dinah Jane, Lauren Jauregui dan Camila Cabello.
Normani terus mencipta kejayaan menerusi single solonya seperti Motivation dan Wild Side selepas kumpulan Fifth Harmony dibubarkan pada tahun 2018.