WINDHOEK: Netumbo Nandi-Ndaitwah secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden wanita pertama Namibia selepas memenangi pilihan raya tahun lalu, sekali gus mengekalkan cengkaman parti pemerintah selama 35 tahun di negara itu. Nandi-Ndaitwah, 72, menjadi antara segelintir pemimpin wanita di benua Afrika selepas upacara angkat sumpah semalam, yang turut dihadiri ketua negara dari Angola, Afrika Selatan dan Tanzania. Presiden sebelum ini, Nangolo Mbumba, 83, menyerahkan kuasa kepadanya dalam satu majlis yang diadakan sempena ulang tahun ke-35 kemerdekaan Namibia. Dalam ucapan sulungnya, beliau mengakui kepentingan pemilihannya sebagai pemimpin wanita pertama, namun menegaskan rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya