ISLAMABAD: Beberapa negara Asia menyatakan solidariti kepada Myanmar dan Thailand yang dilanda gempa bumi dahsyat semalam, termasuk menawarkan bantuan kemanusiaan. Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan simpati dengan kejadian gempa bumi terburuk yang melanda wilayah tengah Myanmar dan utara Thailand hingga mengakibatkan kerosakan teruk pada infrastruktur. “Atas nama Malaysia, saya menyampaikan takziah kepada semua yang kehilangan orang tersayang, serta doa kami buat yang cedera dan kehilangan tempat tinggal. Malaysia berdiri teguh dalam solidariti dengan jiran kita dan negara-negara anggota ASEAN,” tulisnya di platform X. Anwar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya