MySave Food @Bazar Ramadan kumpul 2 tan lebihan makanan

MySave Food @Bazar Ramadan kumpul 2 tan lebihan makanan

Lebihan makanan
MOHD. Azmi Amer Khan (tiga, kanan) bersama sukarelawan sedang menimbang lebihan makanan yang dikumpulkan pada program MySave Food @Bazar Ramadan 2025 di Bazar Ramadan Seksyen 17, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hampir dua tan metrik lebihan makanan tidak terjual yang dikumpul dari di lima lokasi bazar Ramadan sekitar bandaraya ini diselamatkan daripada dibuang.

Menurut Pengarah, Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd. Azmi Amer Khan, ia merupakan berat terkumpul sejak program MySave Food @ Bazar Ramadan 2025 dilaksanakan sejak hari kedua puasa.

Menurutnya, program yang diadakan bagi kali ke lima sejak tahun 2021 mendapat kerjasama sepenuhnya daripada peniaga-peniaga di lima lokasi terbabit untuk diserahkan ke lokasi-lokasi sasaran.

“Kita bermula pada hari kedua Ramadan dan sambutan dalam kalangan peniaga di lima lokasi bazar Ramadan amat menggalakkan. Sebanyak 1.87 tan makanan telah diterima daripada peniaga dan diagihkan untuk lima hari program MySave Food @Bazar Ramadan 2025 ini.

“Kesemua makanan yang dibungkus, diagihkan oleh para sukarelawan ke Politeknik Shah Alam, Masjid Al-Amin di sini,Surau Al-Amin Seksyen 19 dan Surau Nurul Iman Pangsapuri Teratai Seksyen U16,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Tambahnya, program tersebut berlangsung selama 14 hari sepanjang bulan Ramadan dan akan berakhir sebelum 10 Ramadan terakhir bagi membolehkan sukarelawan terlibat memberi fokus kepada ibadah.

“Program berkenaan melibatkan kakitangan MBSA, sukarelawan dari Jabatan Pendidikan Negeri, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia yang bertugas bermula pukul 6 petang hingga 8 malam untuk mengumpul dan mengagihkan makanan,” ujarnya.

Katanya Mohd. Azmi lagi, beliau berhasrat meluaskan program tersebut di hotel-hotel walaupun kebanyakan pusat penginapan di kawasan ini menjalankan projek pemprosesan baja kompos daripada lebihan makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya