Muhibah Aset bangunkan resort ‘glamping’ di Lentang - Utusan Malaysia

Muhibah Aset bangunkan resort ‘glamping’ di Lentang

MOHAMAD AMIR MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Muhibah Aset Berhad melebarkan sayap perniagaan syarikat tersebut dengan membangunkan resort di Lentang, Bentong, dekat sini yang berkonsepkan ‘glamping’ atau perkhemahan glamor.

Konsep itu merupakan gabungan ‘glam’ (glamor) dan ‘camping’ (berkhemah) yang turut menjadi pilihan masyarakat kerana keunikannya.

Pengarahnya, Mohamad Amir Mokhtar berkata, pembangunan resort itu sudah bermula dan dijangka siap pada awal tahun depan.

Menurutnya, ia di jangka mempunyai 40 unit ‘glamping’ banglo bertaraf orang kenamaan (VIP) beserta restoran berasaskan kampung yang akan memberi kepuasan kepada pengunjung.

“Selain itu, Muhibah Aset berhad juga sedang membangunkan resort di Cherating, Kuantan yang di jangka siap pada bulan Julai tahun ini.

“Kita juga sedang melihat potensi pelancongan di Selangor dan Kelantan untuk dibangunkan resort dan taman tema air,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Amir berkata, segala usaha dilakukan itu bagi menjadikan Muhibah Aset Berhad sebuah syarikat hartanah dan pelancongan yang berdaya maju di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN