Melaka dipilih tuan rumah sambutan TMM2026 - Utusan Malaysia

Melaka dipilih tuan rumah sambutan TMM2026

TIONG King Sing ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Program Libat Urus bersama Penggiat Industri Pelancongan Melaka 2025, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan bersetuju menjadikan Melaka sebagai lokasi rasmi sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang dijadualkan berlangsung pada September tahun hadapan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan, keputusan itu telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menurutnya, pelancaran TMM2026 akan diadakan sempena Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) serta Persidangan Forum Pelancongan Sedunia (WTC 2025), yang dijadualkan berlangsung pada September depan. 

“Kami telah mencapai persetujuan, dan Perdana Menteri juga telah memberikan lampu hijau untuk mengadakan pelancaran TMM2026 bersempena Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 pada September nanti,” katanya ketika berucap pada Program Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Melaka 2025  di sini, hari ini. 

Majlis tersebut dirasmikan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau dalam pada itu turut menyeru semua pihak, terutamanya penggiat industri pelancongan, agar berganding bahu dalam usaha mempromosikan TMM2026 di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Saya ingin menjemput semua pihak, termasuk pempengaruh media sosial untuk turut serta dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong.

“Apa yang paling penting, bagaimana kita dapat memanfaatkan peluang ini untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya