Media Pahang, MAYC Pahang diberi penghormatan sampai hadiah cabutan bertuah - Utusan Malaysia

Media Pahang, MAYC Pahang diberi penghormatan sampai hadiah cabutan bertuah

SHAFIEQ Johari (kanan) menyatakan sesuatu kepada Rifdi Iddraki Ahmad Saiful Zaman ketika melakukan tinjauan pada Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang diberikan penghormatan membuat cabutan bertuah dan menyampaikan lima hadiah buat pengunjung Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini.

Cabutan minggu kedua sempena bulan Ramadan yang diadakan semalam dihadiri Pengerusi MAYC Pahang, Rifdi Iddraki Ahmad Saiful Zaman.

Pada Sabtu minggu pertama 8 Mac lalu, Presiden Persatuan Media Pahang, Fazli Ahmad dijemput dan diberikan penghormatan oleh penganjur bazar, Mitashamika Resources membuat lima cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah.

Penganjur bazar tersebut, Shafieq Johari berkata, cabutan bertuah pada setiap minggu merupakan kelainan di Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini.

“Sabtu minggu lalu kita jemput dan beri penghormatan kepada Presiden Persatuan Media Pahang, minggu ini saya sebagai seorang belia dan anak muda jemput MAYC Pahang pula.

“Saya berterima kasih kepada sahabat saya, Rifdi Iddraki yang sudi hadir menyampaikan hadiah dan melakukan tinjauan mesra di tapak bazar Dataran Sekilau,” katanya di Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini.

RIFDI Iddraki Ahmad Saiful Zaman (kiri) dan Shafieq Johari (dua dari kanan) menunjukkan hadiah cabutan bertuah dimenangi pengunjung Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di Kuantan, Pahang.

Untuk penganjuran kali ini, pengunjung Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini berpeluang memenangi kereta jenis Perodua Axia bernilai RM24,000 dengan hanya berbelanja serendah RM100 di bazar terbabit.

Pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah motosikal, barangan elektrik dan pelbagai hadiah menarik keseluruhannya berjumlah RM40,000.

Sebanyak 147 gerai jualan disediakan pada bazar Aidilfitri Dataran Sekilau tahun ini membabitkan 107 khemah putih dan 40 biru.

Gerai-gerai jualan terbabit menawarkan pelbagai produk kelengkapan raya termasuk pakaian, kasut, baju tradisional, tudung, kosmetik, karpet, bantal, kain, langsir dan juga makanan kering. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN