Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,748 orang

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,748 orang

ANGGOTA Bomba membantu memindahkan mangsa terjejas banjir di Beaufort, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,748 orang berbanding 1,010 orang yang dilaporkan semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi, empat daerah dilanda banjir iaitu Beaufort, Membakut, Keningau dan Daerah Kecil Sook.

Daerah yang paling ramai terjejas adalah Beaufort dan Membakut yang masing-masing menempatkan 780 orang daripada 249 keluarga dan 705 orang daripada 231 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Sebanyak dua PPS dibuka di Beaufort iaitu pusat pemindahak kekal (PPK) Dewan Selagon dan PPS Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir manakala, di Membakut sebuah PPS dibuka iaitu Dewan Kesenian Islam.

Jumlah mangsa yang terjejas banjir di Keningau pula seramai 133 orang daripada 50 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat dan Dewan Dato Angian Andulang, Apin-Apin. Di Daerah Kecil Sook pula, seramai 130 mangsa daripada 40 keluarga dipindahkan ke Dewan Membulu.

PPS akibat banjir di Sabah mula dibuka sejak 7 Mac susulan hujan lebat berterusan yang turun di daerah-daerah yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya