MAIS salur RM11.7 juta bantu asnaf riqab

MAIS salur RM11.7 juta bantu asnaf riqab

Asnaf riqab
HASHIM Meon (dua, kanan) menyerahkan cek sumbangan kepada wakil penerima pada program Tadarus dan Iftar Perdana Riqab MAIS, di Klang, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan berjumlah RM11.7 juta bagi membantu kebajikan asnaf riqab yang menghadapi masalah akidah dan sosial di negeri ini.

Sumbangan menerusi Geran Bantuan Pemulihan Riqab itu disalurkan kepada 27 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR).

Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS, Tan Sri Hashim Meon berkata, bantuan itu meliputi kos program, pengurusan dan penjagaan asnaf berkenaan di bawah seliaan pihaknya tahun ini.

Menurutnya, MAIS komited membantu golongan itu yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan bagi menggalakkan mereka kembali ke pangkal jalan.

“MAIS turut menyumbang RM400,000 kepada 1,000 asnaf riqab bagi persiapan awal menyambut Aidilfitri. Keseluruhan bantuan yang diagihkan itu menggunakan peruntukan zakat asnaf riqab,” katanya selepas menyerahkan bantuan itu pada program Tadarus dan Iftar Perdana Riqab MAIS, semalam.

27 RPR itu antaranya Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor (PAKATS), Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS) dan Rumah Perlindungan dan Bimbingan Wanita Bayt Rahmah.

Pada program itu, seramai 145 asnaf bertadarus disusuli majlis khatam al-Quran dan solat terawih.

Tambah Hashim, pihaknya berharap bantuan itu dapat digunakan sebaik mungkin oleh penerima tersebut.

“Inisiatif itu membantu RPR menjalankan tanggungjawab sosial dalam memastikan asnaf riqab diberi perlindungan, pemulihan dan bimbingan sewajarnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya