Mahsuri Dagang, Media Mulia agih 1,000 pek bubur lambuk di UiTM Shah Alam

Mahsuri Dagang, Media Mulia agih 1,000 pek bubur lambuk di UiTM Shah Alam

Kakitangan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam serta Media Mulia menutup bekas bubur lambuk yang akan diedarkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai di sekitar Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, hari ini.

Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk itu merupakan anjuran kali keempat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. dengan kerjasama Media Mulia Sdn. Bhd. (MMSB).

Inisiatif tersebut bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan serta menyantuni warga UiTM khususnya Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) menerusi perkongsian juadah berbuka puasa.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi ketika memberikan bubur lambuk kepada orang ramai pada Majlis Agihan Bubur Lambuk di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam di sini, hari ini. -UTUSAN/ ISKANDAR ISHAK

Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk bermula seawal pukul 8 pagi di FKPM dengan bantuan warga kerja fakulti, sekretariat mahasiswa serta kakitangan MMSB.

Turut menjayakan program berkenaan ialah Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Dagang, Datuk Ahmad Tajudin Idris; Pengarah Hal Ehwal Luar syarikat itu, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz dan Dekan FKPM, Prof. Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN