Lelaki cabul pengunjung bazar Ramadan ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki cabul pengunjung bazar Ramadan ditahan

TANGKAP layar tindakan seorang lelaki mencabul wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan kerana mencabul tiga wanita yang sedang membeli juadah berbuka puasa di Tapak Bazar Ramadan Lurah Semantan di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis, Mazlan Hassan berkata, kaunter Balai Polis di sini menerima aduan orang awam tentang kes itu dan suspek ditahan pukul 5.30 petang.

“Berikutan kejadian berkenaan, tiga orang mangsa membuat laporan polis setelah video yang memaparkan perlakuan Orang Yang Disyaki (OYDS) yang mencabul pengunjung wanita di tapak bazar tersebut tular di media sosial TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai @zackRazBundle.

“Mangsa pertama seorang wanita berusia 26 tahun melaporkan dicabul OYDS pada 6 Mac lalu, manakala mangsa kedua, 23 tahun dan ketiga, 27 tahun pula pada 10 Mac lalu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini.

Menurut Mazlan, kesemua mangsa dilaporkan dicabul semasa sedang berjalan kaki berbelanja juadah berbuka puasa apabila OYDS secara kasar melanggar badan mereka dengan sengaja seterusnya menyentuh dada dan punggung dengan menggunakan tangan.

“Saksi orang awam, iaitu pemilik akaun TikTok bernama @zackrazbubdle telah merakam perlakuan OYDS dan memuat naik di media sosial TikTok. Perkongsian video bersabit perlakuan OYDS telah menjadikan kes ini tular dan membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, OYDS mengaku terlibat dalam kes disiasat, manakala mangsanya merupakan pejalan kaki dan dengan sengaja melanggar badan mangsa serta menyentuh bahagian badan.

“Alasan OYDS bertindak mencabul mangsa kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dirinya positif HIV sejak 13 tahun yang lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dam siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN