Lebih 1,000 penduduk pilih berbuka puasa tepi Sungai Kelantan - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 penduduk pilih berbuka puasa tepi Sungai Kelantan

ORANG ramai memenuhi tepi Sungai Kelantan di Kota Bharu untuk berbuka puasa ketika tinjauan Utusan Malaysia kelmarin.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kawasan tepi Sungai Kelantan terus menjadi lokasi pilihan untuk berbuka puasa apabila lebih 1,000 penduduk berkumpul di sana setiap hari.

Suasana meriah ini menjadi tradisi tahunan yang dinanti-nantikan oleh penduduk setempat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai mula memenuhi kawasan tersebut seawal pukul 5 petang lalu membentangkan tikar untuk mendapatkan tempat terbaik.

Menjelang pukul 6.30 petang, kawasan itu semakin sesak dengan pengunjung, menjadikannya pusat tumpuan berbuka puasa yang penuh kemeriahan.

Keunikan lokasi ini turut diserikan dengan kemudahan membeli pelbagai juadah berbuka di bazar Ramadan berhampiran.

Bagi Saiful Muhammad, 38, kawasan berkenaan menjadi pilihan tetapnya setiap tahun untuk berbuka puasa bersama isteri dan empat anak.

“Saya lebih suka datang pada hujung minggu kerana suasana lebih meriah, walaupun perlu datang awal untuk mendapatkan tempat. Yang penting, keluarga gembira,” katanya.

Sementara itu, Zakiah Abdullah, 45, berkata, selain menikmati suasana berbuka di tepi sungai, lokasinya yang berhampiran pusat membeli-belah memudahkannya smembuat per­siapan Hari Raya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN