SEOUL: Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah perairan pantai baratnya hari ini, ketika Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan memulakan latihan tahunan ketenteraan bersama. Menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS), peluru berpandu itu dilepaskan ke arah laut di luar pantai barat pada pukul 1.50 tengah hari (waktu tempatan). Susulan pelancaran itu, tentera Korea Selatan meningkatkan pemantauan dan tahap kewaspadaannya. AS menempatkan puluhan ribu tenteranya di Korea Selatan dan kedua-dua negara sekutu itu kerap mengadakan latihan bersama yang digambarkan sebagai langkah pertahanan. Namun, latihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya