Kesesakan luar biasa KLIA2 - Utusan Malaysia

Kesesakan luar biasa KLIA2

KEADAAN KLIA2 yang sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman dengan memilih mod pengangkutan udara. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lumpur Terminal 2 (KLIA2) mulai sesak dengan jumlah penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman dengan memilih mod pengangkutan udara bagi sambutan Aidilfitri.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia di sini khususnya bagi pelepasan dalam negeri, kapasiti penumpang bagi laluan domestik terutama penerbangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan terus meningkat semalam berbanding kelmarin.

Bagi pegawai penjara, Mohd. Saiful Tasip, 26, dia menasihatkan penumpang yang bakal pulang beraya untuk merancang perjalanan dan berada lebih awal di lapangan terbang untuk mengelakkan situasi tertinggal pesawat.

“Pada musim perayaan jumlah penumpang sentiasa ramai, jadi kita perlu rancang perjalanan sebaiknya agar tidak berdepan situasi panik terma­suk tertinggal pesawat.

“Seperti saya, meskipun pe­ner­bangan ke Labuan pada sebe­lah petang, namun saya sudah berada di KLIA2 sejak pukul 8.30 pagi tadi (semalam),” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penumpang yang ingin menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu, Nurul Najieha Sharom, 28, berkata, dia mengambil keputusan untuk memilih waktu perjalanan ke destinasi tengah hari semalam bagi mengelakkan peningkatan penumpang pada waktu petang.

“Seperti ramai jangkakan, jumlah penumpang akan mening­kat pada sebelah petang untuk pulang ke kampung halaman, jadi saya ambil keputusan untuk terbang lebih awal.

“Ini tahun kedua saya beraya di Kota Kinabalu memandangkan suami bekerja sebagai polis di sana, memang perlu buat persediaan awal termasuk membeli tiket kapal terbang,” katanya.

Dalam pada itu, bagi seorang penjawat awam, Mariati Fauzi, 38, yang mahu pulang ke Kelantan berkata, dia tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk pulang menaiki pesawat sempena Aidilfitri.

“Meskipun harga tiket pesawat pada hari raya harga sedikit ‘keras’, namun saya tidak kisah kerana tidak mahu tersekat di dalam kesesakan jika pulang dengan menaiki kereta.

“Sejak bekerja di ibu kota, ini sudah masuk tahun ke-10 saya pulang beraya di Kelantan dengan menaiki pesawat, ia lebih mudah dan menjimatkan masa,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya