Kelantan rekod penyalahgunaan dan penagih dadah ketiga tertinggi di Malaysia

Kelantan rekod penyalahgunaan dan penagih dadah ketiga tertinggi di Malaysia

ZAMAKHSARI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan merekodkan jumlah kes penyalahgunaan dan penagih dadah ketiga tertinggi di negara ini dengan seramai 21,338 orang dicatatkan sepanjang tahun lalu.

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, berdasarkan rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), jumlah keseluruhan penagih dadah di Kelantan itu dicatatkan selepas Selangor dan Johor.

Menurutnya, Selangor mencatat jumlah kes penyalahgunaan dan penagih dadah tertinggi pada tahun lalu dengan seramai 25,032 orang.

“Jumlah itu kemudian diikuti oleh Johor dengan 21,366 orang penagih dadah dikenal pasti sepanjang 2024. Jika dinilai dengan per 100,000 penduduk, Kelantan merekodkan jumlah tertinggi apabila bilangan berkenaan dibandingkan dengan anggaran 1.8 juta jumlah penduduk.

“Kedah mencatatkan kedudukan keempat melibatkan penagih dadah dengan 19,915 orang diikuti Perak (16,002), Pulau Pinang (14,452) dan Pahang (12,833),” katanya ketika ditemui semalam.

Zamakhshari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat negeri memberitahu, kes-kes dadah di Kelantan berada pada tahap membimbangkan dan kerajaan negeri mahu cari langkah intervensi secara holistik terhadap perkara itu.

Katanya, langkah pencegahan yang mahu dibentuk hasil sesi libat urus berkenaan bukan sekadar membanteras penyalahgunaan dadah, tetapi memberi fokus kepada pemulihan penagih dan pencegahan awal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya