JPJ teruskan taktik penyamaran pantau pemandu bas ekspres di musim perayaan

JPJ teruskan taktik penyamaran pantau pemandu bas ekspres di musim perayaan

JAZMANIE Shafawi (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan semasa sesi libat urus HRA JPJ Kelantan di Stesen Penguat Kuasa Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan sebentar tadi.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan taktik penyamaran bagi memantau corak dan gaya pemanduan pemandu bas ekspres di musim perayaan menerusi Ops Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang bermula 24 Mac hingga 8 April ini.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancang dan Operasi) Datuk Jazmanie Shafawi berkata, taktik itu turut digunakan pakai semasa melakukan pemeriksaan di depo-depo dan terminal bas seluruh negara.

Menurutnya, ia bertujuan memastikan pematuhan undang-undang oleh pengendali perkhidmatan kenderaan awam itu berada pada tahap terbaik.

“Kita dapati taktik (penyamaran) itu berkesan dalam kurangkan kadar pelanggaran kesalahan melibatkan pengangkutan awam,” katanya kepada pemberita semasa sesi libat urus HRA JPJ Kelantan di Stesen Penguat Kuasa Bukit Jawa, di sini hari ini.

Jazmanie memberitahu, pemeriksaan secara mengejut ke atas pemandu bas ekspres akan turut dijalankan oleh JPJ bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Katanya, langkah itu bertujuan mengesan penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pemandu pengangkutan awam.

“Pihak kami (JPJ) akan membuat semakan ke atas rekod pemandu bagi memastikan mereka bebas daripada kesalahan lalulintas.

“Apa yang kita lakukan ini supaya pengendali perkhidmatan tahu kehadiran JPJ dalam menguatkuasakan peraturan,” ujarnya.

Dalam perkembang lain, Jazmanie berkata, kesemua cuti 2,500 anggota penguat kuasa di seluruh sudah dibekukan sebagai persediaan menghadapi sambutan Aidilfitri.

Katanya, langkah itu bagi memastikan aliran trafik dan pematuhan undang-undang dalam kalangan pemandu berada dalam keadan baik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya