Jakoa nilai keperluan bina jambatan baharu di Pos Belatim

Jakoa nilai keperluan bina jambatan baharu di Pos Belatim

KEADAAN jambatan di Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan yang runtuh hubungan akibat hujan lebat minggu lalu.UTUSAN/IHSAN ORANG ASLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah mengenal pasti kerosakan dan akan menilai keperluan pembinaan jambatan baharu di Pos Belatim di sini yang runtuh akibat hujan lebat minggu lalu.

Jurucakap Jakoa berkata, siasatan mendapati, jambatan yang runtuh merupakan laluan bagi pejalan kaki dan penunggang motosikal.

Katanya, sehubungan itu, Jakoa bersimpati dengan keadaan penduduk di Pos Belatim.

“Laluan utama yang menghubungkan Pos Belatim masih boleh digunakan seperti biasa.

“Jakoa komited untuk mencari penyelesaian terbaik dan memastikan kesejahteraan serta kebajikan masyarakat Orang Asli terus terpelihara,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, lebih 600 masyarakat Orang Asli di Pos Belatim di sini terperangkap di penempatan mereka dan tidak dapat keluar ke bandar bagi mendapatkan bekalan makanan akibat jambatan runtuh akibat tanah runtuh dan cuaca hujan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya