KUALA LUMPUR: Isu pemindahan kuil di Jalan Masjid India selesai apabila pihak pengurusan rumah ibadat itu bersetuju untuk berpindah ke tapak baharu yang terletak hanya 50 meter dari lokasi asal. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang isu yang timbul jika dibawa ke meja rundingan pasti akan dapat diselesaikan dengan baik. Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negara ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi semua pihak. “Kita negara hukum, kena ikut hukum. (Tetapi) oleh kerana hendak jaga hubungan antara kaum, kita lakukan rundingan dengan baik kerana itu tempat kepercayaan dan amalan agama,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya