GAZA: Israel menyekat 82 peratus pergerakan bantuan kemanusiaan di Gaza antara 18 hingga 24 Mac lalu, menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA). OCHA melaporkan, 40 daripada 49 cubaan organisasi kemanusiaan untuk menyelaraskan pergerakan dengan pihak berkuasa Israel dalam tempoh tersebut ditolak, sambil memaklumkan tugas kritikal seperti mengambil bekalan penting atau mengisi bahan api untuk kedai roti disekat. Lima daripada tujuh percubaan tersebut ditolak pada Isnin, manakala enam daripada sembilan permohonan ditolak pada Selasa, jelas OCHA. Kini sudah lebih tiga minggu Israel mengenakan sekatan menyeluruh ke atas semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya