GAZA: Israel bersetuju dengan cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata di Gaza buat sementara waktu, sebagai langkah peralihan selepas perjanjian fasa pertama dengan Hamas berakhir. Cadangan yang dikemukakan oleh utusan Asia Barat Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff itu akan dijalankan sepanjang Ramadan dan perayaan Paskah masyarakat Yahudi hingga pertengahan April, menurut kenyataan pejabat perdana menteri Israel yang dikeluarkan sejurus selepas tengah malam. Fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas tamat pada hujung minggu tanpa sebarang kepastian mengenai fasa kedua, yang diharap dapat menamatkan perang Gaza secara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya