TEBING BARAT: Israel membebaskan kira-kira 30 tahanan Palestin yang menamatkan hukuman hari ini, dalam keadaan kesihatan merosot dan sebahagiannya memerlukan rawatan segera di hospital. Persatuan Tahanan Palestin dalam kenyataan berkata, ramai antara tahanan yang dibebaskan, terutama dari Penjara Megiddo di utara Israel, mengalami kudis dan komplikasi lain akibat dipenjara secara kejam. Foto dikongsi oleh organisasi tersebut menunjukkan tanda-tanda penganiayaan dan pengabaian yang teruk. Antara tahanan dibebaskan ialah Saeed Salameh, yang menghabiskan hidup selama 24 tahun di penjara. Beberapa tahanan dilaporkan dipukul dengan teruk sehingga saat mereka dibebaskan, menurut kenyataan tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya