Indonesia lulus RUU penglibatan tentera dalam kerajaan

Indonesia lulus RUU penglibatan tentera dalam kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia meluluskan undang-undang kontroversi yang memperluaskan peranan tentera dalam pemerintahan, satu langkah dibimbangi boleh mengancam demokrasi dan membangkitkan semula bayangan pemerintahan di bawah bekas Presiden Suharto.

Pindaan terhadap Undang-Undang Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia (TNI) 2004 membolehkan pegawai tentera yang aktif memegang jawatan utama dalam sektor awam tanpa perlu bersara atau meletak jawatan terlebih dahulu.

Sebelum ini, mereka hanya dibenarkan berkhidmat di 10 institusi kerajaan berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan, seperti Agensi Perisikan Negara, Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan serta Agensi Narkotik Kebangsaan.

Pindaan terbaharu itu meningkatkan jumlahnya kepada 14 institusi, termasuk Pejabat Peguam Negara, Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan dan Agensi Melawan Keganasan Kebangsaan.

Ia juga melanjutkan umur persaraan pegawai tentera, membolehkan kakitangan tidak bertauliah berkhidmat sehingga 58 tahun, manakala pegawai berpangkatan pertengahan dan tinggi berkhidmat sehingga 60 tahun.

Bagi jeneral empat bintang berpangkat tinggi boleh berkhidmat sehingga 63 tahun, dengan kemungkinan lanjutan 65 tahun tertakluk kepada dekri presiden.

Pindaan kontroversi itu diluluskan dalam sidang pleno Dewan Perwakilan Rakyat hari ini, yang didominasi oleh parti penyokong Presiden Prabowo Subianto.

Langkah itu menghidupkan semula dominasi politik TNI di bawah Suharto, di mana pegawai tentera memegang jawatan penting kerajaan di bawah doktrin dwifungsi yang membolehkan mereka mengawal tadbir urus serta menindas pembangkang.

Amalan itu bagaimanapun dihapuskan selepas reformasi 1998.

Sejak semalam, pelajar dan aktivis hak asasi mengadakan protes di beberapa bandar di Indonesia termasuk Jakarta, mendesak Prabowo menangguhkan pelaksanaannya dan berunding dengan kumpulan masyarakat sivil bagi menangani kebimbangan mereka.– THE STRAITS TIMES

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya