PETALING JAYA: Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri maksimum kepada 10 tahun atau dua penggal bertujuan mengelak berlakunya pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, langkah itu juga seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan dalam gagasan ‘Membangun Negara Madani’ kerana ia bukan perkara baharu. Beliau berkata, langkah itu juga bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem yang lebih teratur. “Malah, terdapat juga beberapa negara yang telah melaksanakan pendekatan ini seperti negara jiran, Indonesia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya