Guna dron pantau kemasukan 2 juta kenderaan ke Kelantan

Guna dron pantau kemasukan 2 juta kenderaan ke Kelantan

MOHD. Misuari Abdullah (kiri) semasa menyambut kedatangan Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancang dan Operasi) Datuk Jazmanie Shafawi (tengah) semasa sesi libat urus HRA JPJ Kelantan di Stesen Penguat Kuasa Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan menggunakan dron untuk memantau kemasukan 2 juta kenderaan ke negeri ini sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarahnya Mohd. Misuari Abdullah berkata, selain memantau kesesakan lalu lintas dron tersebut akan digunakan mengesan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

“Saya harap pengguna jalan raya dapat memandu secara berhemah dan patuh kepada peraturan yang sedia ada dalam mengurangkan risiko kemalangan,” katanya pemberita semasa sesi libat urus HRA JPJ Kelantan di Stesen Penguat Kuasa Bukit Jawa, di sini hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan, JPJ Kelantan menganggarkan sebanyak 2 juta kenderaan akan masuk ke negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Kemasukan itu berpandukan kepada statistik yang telah direkodkan pada tahun-tahun sebelum ini melibatkan tiga pintu utama ke negari ini iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.

Dalam perkembangan lain Mohd. Misuari memberitahu, JPJ Kelantan sudah mengenal pasti lebih 15 lokasi panas panas yang berisiko berlakunya kemalangan maut di negeri ini.

Katanya, kesemua lokasi terbabit terletak di pintu masuk utama negeri ini iaitu Gua Musang, Kuala Krai Jeli, Pasir Puteh dan Machang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya