PARIS: Penyelidik mendedahkan gula-gula getah melepaskan ratusan kepingan plastik kecil ke dalam mulut, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai pencemaran dan kesannya terhadap kesihatan manusia. Kajian dijalankan ketika penyelidik semakin kerap mengesan kewujudan mikroplastik di pelbagai lokasi, dari gunung hingga ke dasar lautan, malah turut ditemukan dalam udara yang dihirup manusia. Penyelidik turut mengesan kehadiran mikroplastik di dalam tubuh manusia, termasuk paru-paru, darah dan otak, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan kesannya terhadap kesihatan. Ketua penyelidik dari Universiti California, Sanjay Mohanty berkata, setakat ini tiada bukti langsung menunjukkan mikroplastik berbahaya kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya