Gopi jual air balang - Utusan Malaysia

Gopi jual air balang

MOHAMMAD Gopi Rizqi melayan pelanggan yang datang membeli air balang di gerainya di Kampung Api-Api, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Tunggakan gaji sela­ma lapan bulan dengan sebuah pasukan di ibu kota memaksa pemain bola sepak, Mohammad Gopi Rizqi, 36, menjual air ba­lang sempena Ramadan.

Dia bersama isterinya, Nor Hidayah Roslan, 38, mengambil keputusan untuk berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan terutama memastikan dua anak berusia dua dan lima tahun dapat meraikan Aidilfitri dengan selesa.

“Saya berbincang dengan isteri bagi mencari pendapatan menyara kehidupan. Kami ambil keputusan untuk jual air balang di hadapan rumah, setakat ini cuma air balang mata kucing dan jagung, selain sedikit kuih-muih termasuk popia carbonara,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Api-Api, dekat sini.

Mohammad Gopi pernah me­nyarung jersi Sri Pahang FC dari tahun 2010-2015, Selangor (2016). Johor Darul Takzim (2017-2018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (2019) dan kembali semula ke Pahang pada 2020.

“Semasa bersama Pahang selama tujuh musim, saya mengecapi kejayaan dengan merangkul Piala Malaysia dan Piala FA manakala enam penampilan bersama pasukan Harimau Malaya,” katanya.

Dia dalam pada itu tidak me­nyangka gambarnya sedang berniaga air balang di hadapan rumah tular di media sosial.

“Alhamdulillah, ramai yang datang ke gerai untuk bergambar, ada juga yang tidak sangka sekarang saya berada di Pontian. Banyak kata semangat diberikan untuk saya dan keluarga meneruskan perniagaan air balang pada Ramadan kali ini,” katanya.

Mohammad Gopi memeluk Islam pada 2020, mengikuti jejak ahli keluarganya yang lebih awal memeluk agama Islam, terma­suk ibu saudara dan datuknya.

Dalam pada itu Mohammad Gopi yang memegang lesen kejurulatihan D turut berhasrat ber­kongsi ilmu dengan murid-murid sekolah di daerah Pontian yang berminat dalam sukan bola sepak.

“Sekiranya diberikan peluang, saya mahu kongsi pengalaman dengan murid sekolah atau sesiapa sahaja sahaja yang berminat dalam sukan bola sepak dan bercita-cita mahu menjadi pemain,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya