PETALING JAYA: Gegaran turut dirasai di lebih lima buah negeri di negara ini susulan gempa bumi sederhana di Luar Pantai Barat Sumatera, hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (METMalaysia), gegaran dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.
“Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
“Gegaran itu berlaku pada koordinat 1.8° Utara dan 99.2° Timur dengan magnitud 5.1 skala Richter pada jarak 41 kilometer (km) Timur dari Sibolga, Indonesia berkedalaman10 km,” katanya dalam hantaran di platform Facebook, hari ini. – UTUSAN