Gaza terus bergolak, harga makanan naik 200 peratus - Utusan Malaysia

Gaza terus bergolak, harga makanan naik 200 peratus

KESEDIHAN kanak-kanak Palestin ketika mereka memeriksa runtuhan bangunan ekoran serangan Israel di kem pelarian Nuseirat, Semenanjung Gaza, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Palestin terus berdepan penderitaan akibat serangan Israel yang sema­kin dahsyat, terutama di Khan Younis, sekali gus memburukkan lagi keadaan di wilayah itu.

Rakyat Malaysia yang pernah terkandas di Gaza, Nurul Ain Haron, mendedahkan, keadaan di Gaza semakin parah dengan serangan yang lebih dahsyat berbanding sebelum ini.

Katanya, serangan tentera Israel kini lebih tertumpu di Khan Younis iaitu kawasan yang menjadi tempat perlindungan bagi ribuan rakyat Palestin yang terpaksa melarikan diri daripada serangan di bahagian semenanjung Gaza.

“Serangan kali ini jauh lebih teruk. Senjata yang digunakan Israel lebih kuat, walaupun dilancarkan dari jarak jauh, bunyinya sangat dekat dan kesannya amat dirasai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Nurul Ain berkata, selain ancaman bom dan peluru, rakyat Palestin turut berdepan krisis makanan, air bersih dan tempat tinggal.

Katanya, keadaan menjadi lebih sukar apabila harga barangan keperluan melonjak tinggi.

“Sebelum ini, walaupun ada serangan, trak bantuan dan trak komersial masih dibenarkan masuk. Namun, sejak kedua-dua sempadan ditutup sejak 2 Mac lalu, tiada sebarang bantuan dapat disalurkan ke Gaza.

“Bantuan kami hanya dapat salurkan dalam bentuk wang tunai dan mereka masih boleh membeli keperluan.

“Namun, harga barangan naik sebanyak 200 peratus. Lebih membimbangkan, bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan sudah tiada langsung, hanya sayur-sayuran yang masih boleh diperoleh,” katanya yang bimbang dengan keadaan anak saudaranya yang masih gagal mendapatkan bekalan ubat-ubatan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya