Gagal seludup 42,700 biji kelapa ke Thailand

Gagal seludup 42,700 biji kelapa ke Thailand

TIGA lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitam rampasan kelapa yang cuba diseludup ke Thailand semasa serbuan di pangkalan haram dekat jalan Kasban, Tumpat, Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan mematahkan cubaan menyeludup 42,700 biji kelapa ke Thailand selepas menyerbu sebuah stor di pangkalan haram dekat jalan Kasban di sini kelmarin

Serbuan pukul 10.30 malam menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu, PGA turut menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi telah menjumpai 42,700 biji kelapa di dalam sebuah treler.

Menurutnya, anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM 1.2 juta termasuk treler.

“Kesemua lelaki berusia 22 hingga 38 tahun yang ditahan itu dipercayai bertindak sebagai penghantar untuk menyeludup kelapa ke negara jiran.

“Kes disiasat dibawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya