FGV Seikhlas Hati bantu 40 asnaf sempena Ramadan - Utusan Malaysia

FGV Seikhlas Hati bantu 40 asnaf sempena Ramadan

PENERIMA sumbangan CSR Program FGV Seikhlas Hati merakamkan gambar bersama pada majlis yang berlangsung di Masjid Al-Husna, Kampung Batu Bertangkup, Chuping, Padang Besar, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Sdn Bhd (FGVIF) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu 40 asnaf sekitar kawasan Chuping, di sini, bersempena bulan Ramadan.

Menerusi program FGV Seikhlas Hati, asnaf-asnaf terpilih telah menerima bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM450 dan pek barangan makanan Saji bernilai RM50.

Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Abdul Razak Aya berkata, tujuan pelaksanaan program CSR itu adalah merupakan antara usaha dan komitmen FGV bagi menyantuni golongan memerlukan di Perlis.

“Usaha bagi pelaksanaan program CSR ini juga turut melibatkan komuniti-komuniti berdekatan FGV Chuping Agro Valley (FCAV) yang diuruskan oleh FGVIF,” katanya.

Penyerahan bantuan itu disampaikan sendiri oleh Abdul Razak bersama Exco Pertanian negeri, Razali Saad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Saad Seman.

Pada majlis sama, sebanyak 200 pek bubur lambuk turut diagihkan buat penduduk setempat berhampiran FCAV.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, untuk tahun ini, FGV telah memperuntukkan kira-kira RM736,000 melalui dana wakalah zakat perniagaan untuk diagihkan kepada pihak memerlukan di seluruh Malaysia.

“Sepanjang tahun lalu pula, FGV telah memperuntukkan sekitar RM10.3 juta untuk pelbagai inisiatif CSR, termasuk usaha membasmi kemiskinan serta keciciran pendidikan di kawasan bandar serta luar bandar,” ujanya.

Tambahnya, inisiatif dilaksanakan di Chuping itu juga adalah merupakan kesinambungan daripada beberapa program CSR yang dijalankan sebelum ini antaranya seperti Program Kayuhan Tautan Kasih bersama Raja Muda Perlis, Program Selamat Datang ke Sekolah 2025 dan Program SAJI Seikhlas Hati: Back to School.

“FGV juga memperuntukkan lebih RM800,000 dalam bentuk zakat wakalah bagi membantu golongan asnaf dan komuniti yang memerlukan di seluruh negara. Daripada jumlah ini, RM682,000 disalurkan sepanjang Ramadan, manakala selebihnya akan diagihkan pada bulan Syawal,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya