Elak penat redah kesesakan lebih 10 jam, perantau Kelantan bergilir-gilir pandu kereta

Elak penat redah kesesakan lebih 10 jam, perantau Kelantan bergilir-gilir pandu kereta

ALIRAN trafik yang mulai sesak di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Mentara, Gua Musang, Kelantan hari ini.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kesesakan lalu lintas yang luar biasa setiap kali musim perayaan menyebabkan anak-anak Kelantan di perantauan terpaksa memandu secara bergilir-gilir bagi menggelakan rasa penat selepas terpaksa mengharungi perjalanan lebih 10 jam dari ibu kota ke Gua Musang hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata perantau yang ditemui memberitahu tindakan itu terpaksa diambil bagi menggelakan mereka hilang tumpan sepanjang pemanduan akibat kepenatan.

Seorang perantau, Nur Anis Dzahri, 33, berkata, dia bersama keluarga bertolak dari Shah Alam, Selangor sebelum pukul 12 tengah malam dan sampai di Gua Musang hampir pukul 10 pagi.

Katanya, dia bersama keluarga terpaksa singgah di beberapa lokasi dan bergilir memandu kenderaan bersama suami selepas tidak berdaya lagi untuk meneruskan pemanduan.

“Perjalanan pulang dari Shah Alam ke Kelantan kali ini mencabar kerana terpaksa mengharungi tempoh masa 10 jam dari Shah Alam ke Gua Musang.

“Saya rasa nak patah tulang pinggang dan ini rupanya perasaan menantu orang Kelantan apabila terpaksa hadap jalan sesak setiap kali musim perayaan,” katanya secara berseloroh kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pada hari ini berlaku pertambahan kenderaan berbanding semalam, namun aliran trafik masih terkawal.

Katanya, kesesakan berlaku di Kampung Mentara apabila jalan dua lorong kepada satu lorong.

“Anggota kami sentiasa membuat pemantauan aliran trafik di daerah ini untuk kelancaran perjalanan pengguna jalan raya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya