KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.3 peratus untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun 2024, yang tertinggi sejak 2017. Jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional melibatkan RM63.05 bilion dan RM10.19 billion bagi Simpanan Syariah, melibatkan agihan keseluruhan berjumlah RM73.24 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prestasi cemerlang KWSP itu didorong oleh kepesatan pasaran modal Malaysia yang terus berkembang di sebalik cabaran ekonomi global. Katanya, pencapaian itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar kerajaan yang menyokong perkembangan ekonomi dan pelaburan serta didorong oleh pembaharuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya