Denda RM2,000 jika buang sampah pukal dalam tong awam

Denda RM2,000 jika buang sampah pukal dalam tong awam

HILMI Abdullah (kanan) bersalaman dengan anak yatim semasa Program CSR Isuzu Iftar Ramadan di Tec United Auto Sdn. Bhd di Kota Bharu, Kelantan semalam.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan mengenakan denda sebanyak RM2,000 ke atas penduduk yang membuang sampah pukal di dalam tong-tong awam sepanjang tempoh persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, sepanjang Ramadan ini tapak pelupusan sampah pukal di seluruh negeri beroperasi 24 jam bagi memudahkan orang ramai membuang sampah dengan lebih teratur.

Menurutnya, pendekatan itu secara tidak langsung boleh mengurangkan masalah kebersihan dan lambakan sampah di kawasan tong-tong sampah awam.

“Walaupun tapak pelupusan dibuka 24 jam, orang ramai disarankan untuk membuang sampah pukal pada waktu siang bagi mengelak sebarang kesulitan,” katanya ketika ditemui pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Isuzu Iftar Ramadan di Tec United Auto Sdn. Bhd di Jalan Sultan Ibrahim di sini semalam.

Hilmi memberitahu, pihaknya mengenakan bayaran sebanyak RM20 untuk sebuah lori bagi pembuangan sampah pukal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN