Cuaca panas cabaran Jayden Leong berpuasa - Utusan Malaysia

Cuaca panas cabaran Jayden Leong berpuasa

JAYDEN Leong (dua kanan) pada majlis berbuka puasa bersama bukan Islam dan rakan beragama Islam pada program mahabbah ‘Masjid Tour Guide’ (MTG) anjuran Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cuaca panas ketika ini memberikan cabaran kepada seorang pelajar bukan Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan sepertimana dilakukan rakannya yang beragama Islam.

Jayden Leong, 20, yang merupakan pelajar perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian berkata, walaupun sudah mempunyai pengalaman berpuasa sebelum ini, cuaca panas menyebabkan dia tidak dapat menahan dahaga.

“Walaupun tidak puasa penuh, saya lihat amalan berpuasa sangat baik untuk mendisiplinkan diri serta kesihatan. Setakat ini saya baru berpuasa tiga hari, bagaimanapun saya tidak makan atau minum air kerana menghormati rakan-rakan yang beragama Islam.

“Selain berbuka (puasa), waktu sahur juga sangat menyeronokkan kerana kami beramai-ramai ke tempat makan untuk menikmati hidangan yang disediakan, walau mengantuk tapi seronok,” katanya ketika ditemui semasa program mahabbah ‘Masjid Tour Guide’ (MTG) anjuran Masjid Jamek Muhammadi, semalam.

Sementara itu, penyelaras program, Suriati Abdul Halim berkata, MTG dianjurkan dengan kerjasama antara Islamic Outreach ABIM Centre, Masjid Jamek Muhammadi dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Katanya, program itu dianjurkan bertujuan memberi peluang kepada tetamu bukan Islam untuk merasai suasana berbuka puasa di masjid.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya