TANAH MERAH: Bapa kepada Hud Aryan yang dijumpai lemas di celahan pokok di Sungai Kerilla di sini, belum memberikan keterangan kepada polis berhubung kematian kanak-kanak itu. Mohd. Nor Hafifi Saidi, 34, berkata, ketika ini polis menasihatkan dia supaya berehat kerana isterinya, Azean Nur Atikah Ramley, 34, masih lagi bersedih dengan kejadian yang menimpa anak tunggal mereka itu. “Buat masa ini, saya dan isteri masih bersedih dengan kehilangan Hud Aryan selain memerlukan masa agar tidak diganggu sekali gus dapat menenangkan fikiran. “Buat masa ini, saya masih tinggal di rumah ibu mentua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya