Bazar Ramadan: 1,512 notis kesalahan dikeluarkan

Bazar Ramadan: 1,512 notis kesalahan dikeluarkan

Bazar Ramadan
DZULKEFLY Ahmad menyaksikan penyerahan cek bernilai RM2 Juta daripada Pengarah Urusan Econsave Sdn Bhd, Lai Sia Ling (dua, kiri) kepada Pengurusi MyCare, Datuk Seri Kamal Nasharuddin Mustapha pada majlis pengedaran 200 ribu bubur lambuk Econcave ke seluruh negara dan penyampaian cek kecemasan Gaza kepada MyCare dekat Econsave Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak 1,512 notis kesalahan dikeluarkan kepada peniaga makanan bazar Ramadan di seluruh negara menerusi pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kesalahan itu antaranya melibatkan tiada menjalani latihan pengendali makanan dan suntikan anti tifoid selain pemakaian tidak sesuai.

“Semua lokaliti bazar Ramadan dilawati dan diperiksa bagi tempoh 2 Mac lalu hingga semalam. Kesemua notis kesalahan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983,” katanya pada program edaran 200,000 bubur lambuk Econsave, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyerahkan cek sumbangan Tabung Kecemasan Gaza kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Tambah Dzulkefly, kesemua pengendali dan peniaga diingatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak keracunan makanan.

“Tiada lesen pengendalian dan suntikan anti tifoid merupakan kesalahan serius dan perlu ditangani pihak berkenaan.

“Anggota penguat kuasa KKM sentiasa berada di lapangan bagi menjalankan pemantauan di bazar Ramadan,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya akan terus melakukan pemeriksaan di semua lokaliti bazar berbaki minggu akhir Ramadan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya