Bayi derita batu karang mohon sumbangan - Utusan Malaysia

Bayi derita batu karang mohon sumbangan

RIZQ Rahyan Firdaus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pekerja kantin sekolah merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan dan rawatan anaknya, Rizq Rayhan Firdaus, berusia 11 bulan yang menderita masalah batu karang dalam saluran kencing.

Malah difahamkan, kedua-dua buah pinggang kanak-kanak itu kini membengkak dan memerlukan pembedahan segera.

Menurut, Siti Faryana Nadia Husin, anak tirinya, Siti Farhani Erzam, 31, yang merupakan ibu kanak-kanak itu telah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan lanjut buat anaknya itu.

Katanya, Rizq Rayhan telah dirawat di HSNI selama 10 hari sejak penyakitnya mula dikesan pada awal bulan ini, dan perlu dibedah segera yang memerlukan kos antara RM5,000 hingga RM10,000.

“Siti Farhani bekerja di kantin sekolah dengan pendapatan RM45 sehari mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia tiga tahun. Suaminya juga telah lama menghilangkan diri.

“Kini mereka tinggal bersama saya dan suami yang juga bapa mereka, Erzam Enjah, 54. Saya juga kini mempunyai lima orang anak, jadi terdapat 10 orang tinggal bersama. Dengan pendapatan RM1,700 sebulan sebagai nelayan, suami saya tidak mampu untuk menampung kos rawatan cucunya itu,” katanya di Kg. Dalam Ayer Baloi di sini.

Orang ramai boleh memberi sumbangan menerusi akaun Maybank milik Siti Farhani bernombor 1511 5574 8322.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya