Bayi berusia 20 bulan maut kemalangan

Bayi berusia 20 bulan maut kemalangan

KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa selepas bertembung dengan sebuah lagi kereta lain di Kampung Lepan Anjung berhampiran sebuah pencawang elektrik Dabong, Kuala Krai, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan maut selepas kereta dipandu bapanya gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah kereta lagi di Kampung Lepan Anjung berhampiran sebuah pencawang elektrik Dabong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.51 petang itu, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Dabong di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian kereta jenis Proton Waja dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun yang membawa isterinya 30 tahun bersama anak perempuan berusia empat tahun dan bayi tersebut dalam perjalanan dari arah Lepan Anjung ke Jelawang.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun tidak lepas sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Civic yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan turut mendapati, kereta Honda Civic itu dinaiki oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri berusia 34 dan 32 tahun selain anak lelaki empat tahun bersama bayi perempuan berusia tiga bulan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mazlan memberitahu, ibu bapa bayi yang meninggal dunia itu mengalami kecederaan pada bahagian muka manakala kakak mangsa cedera ringan.

Katanya, kemalangan itu turut menyebabkan pemandu dan penumpang depan kereta Honda Civic patah kaki manakala dua anak mereka cedera ringan.

“Siasatan lanjut mendapati, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Proton Waja yang tidak lepas memotong sebelum bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Mayat bayi itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat. Mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Mazlan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya