Banjir: Tiga PPS dibuka di Johor Bahru - Utusan Malaysia

Banjir: Tiga PPS dibuka di Johor Bahru

ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Laut, Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sekitar daerah ini ekoran kejadian banjir yang berlaku susulan hujan berterusan sejak pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, tiga PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Dewan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Kampung Ulu Pandan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang sejak  pukul 9 malam ini.

Menurutnya, setakat ini terdapat 68 mangsa terdiri daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS Dewan MBJB Kampung Ulu Pandan, manakala data bagi mangsa di dua lagi PPS sedang dikemas kini.

“PPS Dewan MBJB Kampung Ulu Pandan menempatkan penduduk terjejas dari Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Ulu Pandan dan Kampung Bunga Ros.

“PPS SK Bukit Mutiara pula menempatkan penduduk terjejas banjir dari Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Paya Kenangan dan Kampung Pasir Tebrau,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, setakat ini, hanya daerah Johor Bahru yang terjejas banjir.

Data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan terdapat amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah di negeri ini, iaitu Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi, selain daerah ini  sehingga Jumaat ini.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pajat, juga dijangka sehingga Jumaat ini. Sungai Pulai di Pontian dan Sungai Skudai di Johor Bahru sudah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, masing-masing 3.2 meter dan 4.29 meter,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya