Banjir: Tiga klinik desa terjejas kembali beroperasi

Banjir: Tiga klinik desa terjejas kembali beroperasi

Klinik banjir
DZULKEFLY Ahmad ditemui pemberita pada majlis pengedaran 200 ribu bubur lambuk Econcave seluruh negara dan penyampaian cek kecemasan Gaza kepada MyCare dekat Econsave Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tiga Klinik Desa (KD) yang terjejas akibat banjir di Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor kembali beroperasi sepenuhnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia melibatkan KD Kangkar Tebrau, KD Maju Jaya, KD Plentong dan KD Batu 4, Kota Tinggi.

“Semua klinik itu sudah kembali beroperasi kecuali KD Kangkar Tebrau yang perkhidmatannya terpaksa dipindahkan sementara ke Klinik Kesihatan (KK) Majidee.

“Kita sedang meneliti langkah terbaik bagi memastikan perkhidmatan itu dapat kembali seperti biasa secepat mungkin. Pesakit buat masa ini boleh mendapatkan rawatan di KK Majidee tanpa sebarang masalah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan walaupun hujan lebat semalaman di beberapa kawasan dengan seramai 6,911 mangsa direkodkan pagi tadi.

Mangsa yang terdiri daripada 2,068 keluarga itu menurun berbanding 7,446 mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) semalam.

Sebanyak 43 PPS masih beroperasi di lima daerah ketika ini dan Johor Bahru kekal daerah paling teruk terjejas dengan seramai 3,435 mangsa.

Mengulas lanjut, Dzulkefly memberitahu, kakitangan KKM kekal menjalankan tugas seperti biasa termasuk di PPS biarpun turut terjejas.

“Saya lihat ramai kakitangan kekal bertugas walaupun rumah mereka sendiri dilanda banjir. Ini menunjukkan dedikasi mereka bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terganggu,” jelasnya.

Tambah Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, beliau sudah pun meninjau fasiliti kesihatan termasuk Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Pasir Gudang dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Johor Bahru.

“Saya mendapati keadaan tidak begitu teruk dan semua fasiliti kesihatan yang terjejas sudah kembali beroperasi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya