Bangkai penyu ditemukan terdampar di Pantai Pelindung - Utusan Malaysia

Bangkai penyu ditemukan terdampar di Pantai Pelindung

BANGKAI Penyu Agar ditemukan terdampar di Pantai Pelindung di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penemuan bangkai penyu jantan dewasa daripada spesies Penyu Agar yang ditemukan terdampar di Pantai Pelindung di sini baru-baru ini dipercayai mati akibat lemas.

Timbalan Pengarah Perikanan Pahang, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, bangkai penyu itu berukuran 87 sentimeter panjang dan 78 sentimeter lebar.

Katanya, siasatan mendapati, kepala penyu terbabit bengkak dengan kesan darah pada badannya.

“Selepas siasatan selesai, bangkai penyu ditanam di kawasan berhampiran mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Nur Ashry menasihatkan nelayan supaya tidak menggunakan pukat hanyut, pukat insang atau sebarang jenis pukat yang mempunyai saiz mata melebihi 25.4 sentimeter (cm) kerana ia kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Mengikut Peraturan-Peraturan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 di bawah Seksyen 25 Akta Perikanan 1985, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Muhammad Nur Ashry turut mengingatkan nelayan agar melepaskan kembali penyu yang tersangkut pada pukat dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencederakan haiwan marin berkenaan.

“Penggunaan alat penyisih penyu (TED) amat digalakkan, terutama bagi peralatan pukat tunda, sebagai langkah proaktif dalam pemuliharaan penyu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN