AZM Rovers FC bawa 'jiwa Kelantan' ke saingan Liga A2

AZM Rovers FC bawa ‘jiwa Kelantan’ ke saingan Liga A2

AZM Rovers FC tekad menjulang nama Kelantan dalam saingan Liga A2 musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak AZM Rovers (AZM Rovers FC) mahu membawa ‘jiwa Kelantan’ ke saingan Liga A2 selepas layak secara merit untuk beraksi dalam kejohanan tersebut musim ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia pemiliknya Amin Zubair Muhammad berkata, sebagai salah satu pasukan yang berasal dari Kelantan, AZM Rovers FC perlu mempunyai ‘jiwa’ itu bagi memastikan penambilan pertama mereka musim ini bukan sekadar pelangkap kepada saingan A2.

“Kami akui ia bukan tugas mudah, dan setiap pasukan yang bertanding pasti akan membuat persiapan dengan penuh rapi kerana masing-masing mempunyai cita-cita.

“Walaupun tidak membawa nama Kelantan sepenuhnya, namun semangat itu perlu ada. Tekad kami (AZM Rovers) untuk memastikan bola sepak Kelantan tidak ‘mati’,” katanya.

Amin Zubair memberitahu, kehilangan The Red Warriors (TRW) kancah bola sepak Malaysia meninggalkan impak yang cukup besar buat penyokong di Kelantan.

Katanya, hal ini kerana TRW merupakan satu jenama yang cukup digeruni oleh pasukan lawan semasa dipuncak ditambah pula dengan sokongan padu dari penyokong.

“Bertitik tolak dari situlah, kami nekad untuk menggalas tanggungjawab tersebut bagi memastikan bola sepak di Kelantan terus bernyawa,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Amin Zubair berkata, ketika ini AZM Rovers dalam rangka membuat persiapan pasukan untuk menghadapi saingan tersebut yang dijangka bermula pada Julai depan.

“Kami masih memerlukan rakan strategik untuk menjadi sebahagian daripada AZM Rovers.

“Mana-mana pihak yang berminat menjalinkan kerjasama boleh menghubungi kami memalui laman facebook rasmi pasukan iaitu AZM Rovers FC,” katanya.-UTUSAN

INFO KEJAYAAN PASUKAN

2022: Naib Juara Liga Elit DUN (LED) Kok Lanas
2022: Juara Liga Mahabbah Divisyen 2
2022: Juara Keseluruhan Liga Mahabbah
2023: Juara LED Kok Lanas
2023: Ketiga Piala Menteri Besar (Wakili Kok Lanas)
2023: Juara dan Naib Juara 9 sebelah Parlimen Ketereh
2024: Juara LED Kok Lanas
2024: Juara Zon A PUC A3 Kelantan Champion League
2025: Juara dan Ketiga 9 Sebelah Parlimen Ketereh
2025: Naib Juara Liga Juara-Juara PUC A3 Kelantan Champion League

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya