Aneka Walk tarikan baharu Bandar Raya Shah Alam

Aneka Walk tarikan baharu Bandar Raya Shah Alam

ANEKA Walk
ANEKA Walk menjadi elemen baharu pusat kegiatan ekonomi di antara Kompleks PKNS dan SACC Mall yang dijangka mula beroperasi pada September tahun ini, di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Aneka Walk bakal menjadi tarikan baharu di pusat bandar ini apabila Shah Alam City Centre (SACC) Walk diberikan wajah baharu dan dijangka memulakan operasi seawal suku ketiga tahun ini.

Pelaburan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah kira-kira RM50 juta itu bakal menghidupkan semula laluan pejalan kaki di antara Kompleks PKNS dan SACC Mall.

Pengarah Projek Signature PKNS, Azilah Arasad @ Arshad berkata, Aneka Walk adalah sebahagian daripada pembangunan SA Sentral di samping tumpuan pengunjung di dua lokasi beli belah di Seksyen 14 itu.

“Ia sebenarnya satu pelaburan jangka masa panjang. Kira-kira RM50 juta sebab kita menggunakan teknologi dari Singapura, bumbungnya pilih khas untuk atasi cuaca panas dan tidak menentu yang akan memberi keselesaan kepada pejalan kaki.

“Kita juga mengambil peluang LRT3 yang akan mula beroperasi pada September, jadi kita bekerjasama dengan MBSA, kita ada laluan pejalan kaki dari stesen terdekat terus ke Aneka Walk. Jadi, orang dari mana-mana pun boleh datang ke sana,” katanya ketika ditemui pemberita, malam tadi.

Tambahnya, hab komuniti moden itu bakal menjadikannya sebagai pusat aktivit paling dinamik, inovatif dan lengkap dengan menggabungkan elemen muzik, seni digital, realiti maya serta pengalaman interaktif melalui kerjasama dengan KRU Entertainment.

“Kita juga mengambil peluang Aliran Transit Ringan 3 (LRT3) yang akan beroperasi pada September ini, jadi kita bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kita ada laluan pejalan kaki dari stesen terdekat terus ke Aneka Walk. Jadi, orang dari mana-mana pun boleh datang ke sana,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim memberitahu, antara misi dan visi pihaknya terhadap lokasi berkenaan untuk menjadikannya sebagai pusat pelancongan, beli-belah dan kebudayaan.

“Secara keseluruhannya kita gabungkan kesemua elemen itu dalam satu tempat yang mana pengunjung bukan hanya di Lembah Klang malah dari mana-mana pun, kita hendak jadikan ia satu pusat pelancongan yang mempunyai pelbagai aktiviti yang kita akan tukar setiap minggu.

“Tetapi, yang kita cuba wujudkan adalah sebagai satu hab kebudayaan yang berteraskan muzik. Kita tengok muzik tradisional, klasikal ataupun hip-hop dan rock, semuanya berkaitan dengan muzik,” ujarnya.

Katanya lagi, Aneka Walk juga disifatkan memberi wajah baharu kepada Bandar Raya Shah Alam dengan aktiviti sihat dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk keluarga.

Aneka Walk juga menawarkan 150 lot perniagaan untuk keperluan usahawan dari sektor makanan dan minuman, kraf, seni muzik dan sebagainya. Ia dijangka mampu menampung kehadiran sehingga 3,000 orang dalam satu-satu masa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya