Aktor Pakistan dikecam kerana isu poligami - Utusan Malaysia

Aktor Pakistan dikecam kerana isu poligami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Pelakon, Danish Taimoor, tidak mempedulikan serangan netizen yang mengecamnya gara-gara pandangannya mengenai poligami.

Aktor berusia 42 tahun itu menegaskan pendapatnya mengenai perkara tersebut hanyalah sekadar pandangan dan bukan bermaksud dia merancang untuk beristeri ramai.

”Seperti yang saya katakan sebelum ini, sebagai lelaki beragama Islam, saya dibenarkan mengahwini empat isteri.

“Tapi buat masa ini, saya tidak merancang untuk berkahwin lagi kerana saya masih sayangkan isteri saya,” katanya kepada India Times.

Danish dihujani kecaman apabila dia, menerusi satu wawancara baru-baru ini menegaskan sebagai lelaki Islam dia mempunyai hak untuk beristeri empat.

Katanya, tiada satu pun manusia mampu menarik hak tersebut kerana ia telah dibenarkan Allah S.W.T.

Untuk rekod, pelakon berkenaan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Ayeza Khan sejak tahun 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rayan Taimoor dan Horain Taimoor. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya